Maklum Balas

En.

Pn.

Genius Library Learning House ditubuhkan bawah syarikat Pintar Bintang Ent. yang dimiliki bumiputera sepenuhnya. Kami mempunyai lebih dari 10 tahun pengalaman mengajar kanak-kanak dan remaja dibawah program-program unik dan spesifik bagi membantu perkembangan pelajaran mereka.
Syarikat ini diterajui oleh En. Ashraf Azuas, Jurutera Aeronautik (BEM No. G1148636A) juga merupakan pelajar Master Engineering in Manufacturing System dan Pn. Nurul Shazalina, Pelajar PhD Parasitologi di UKM.
Guru-guru GLLH adalah berkelayakan tinggi yang mempunyai PhD, Master dan Ijazah. Kesemua mereka mempunyai kepakaran dan pengalaman luas dalam bidang mereka ceburi dan berbakat dalam mengajar. Mereka sangat bermotivasi tinggi dalam menyumbang ilmu dan pengalaman masing-masing supaya mendapat menarik pelajar untuk menjadi cemerlang di dalam akademik. Kenali guru-guru anda di bawah.
“Dari Anas RA, ia berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa yang keluar untuk mencari atau menuntut ilmu, maka dia adalah orang yang berjihad fi sabilillah sehingga ia kembali”. (Riwayat oleh Tirmidzi)
Sila klik butang di bawah bagi pendaftaran pelajar.
01
Kami memberikan 100% komitmen dalam pengajaran yang terbaik dan sistem kami memastikan pelajar tidak ketinggalan di dalam pelajaran.
02
1. Menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang interaktif, seronok dan padat.
2. Memastikan pelajar memenuhi semua modul yang disediakan dan sentiasa memantau prestasi pelajar dari semasa ke semasa.
3. Menjadikan GLLH sebagai sumber rujukan utama pelajar dalam mendapatkan pendidikan secara online dan sistematik.
4. Sentiasa memastikan harga yang berpatutan dan mampu milik bersesuaian dengan perkhidmatan yang diberikan.
03
Untuk menjadikan GLLH sebuah pusat pengajian tumpuan ibu bapa dan guru-guru seluruh Malaysia yang berkualiti tinggi dan maju dalam menghasilkan pelajar berprestasi tinggi yang cemerlang dalam akademik seiring kemajuan teknologi maklumat.
Maklum Balas