Kelas Fasih kami adalah unik kerana memberi tumpuan kepada pendidikan Matematik dan Bahasa Inggeris. Kami menggunakan teknik “drilling” dengan bimbingan, iaitu satu cara melatih pelajar sehingga mereka menjadi lancar dan fasih di dalam kedua-dua subjek ini.

Kelas ini terbuka kepada pelajar 7- 12 tahun yang lemah asas Matematik dan Bahasa Inggeris. Kelas ini juga sesuai bagi pelajar yang ingin mengukuhkan kefahaman dan kelancaran di dalam kedua subjek ini.

Kelas Fasih di GLLH (Seremban, Semenyih, Kajang, Cheras dan Setapak) beroperasi pada hari Sabtu dan Ahad pada waktu 10 pagi sehingga 12 tengahari. Sebanyak empat (4) sesi sebulan dan boleh diganti pada mana-mana Sabtu atau Ahad sekiranya tidak hadir. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi nombor telefon di atas atau whatsapp link di bawah.

http://www.wasap.my/+60196691630/kelasfasih